Tuntutan kepada perlaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah satu perkara yang biasa diperbincangkan dalam mana-mana media massa pada masa ini. Jikalau dikaji dengan teliti ianya adalah merupakan salah satu daripada cabang-cabang pentadbiran negara Islam .Maka adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memahami konsep sebenar amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Pengertian Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.
Perkataan ‘Amrun’ dalam bahasa ditilik dari tiga keadaan iaitu :
Ø Jika ianya datang dari orang atasan kepada orang bawahan seperti dari pemerintah kepada rakyat maka ianya bermakna perintah atau arahan untuk melakukan sesuatu.
Ø Jika ianya datang dari orang bawahan kepada orang atasan maka ianya bermakna permohonan untuk meletakkan atau untuk mendapatkan sesuatu.
Ø Jika sekiranya datang dari orang yang sama taraf ianya membawa makna ‘Iltimas’(pohon jasa baik).
Manakala perkataan ‘Nahi’ pula ialah dari perkataan ‘Nahyun’. Perkataan ini maknanya dalam bahasa Arab ditilik dari tiga keadaan iaitu :
Ø Jika ianya datang dari orang atasan kepada orang bawahan bererti arahan untuk meninggalkan sesuatu perkara.
Ø Jika ianya datang dari orang bawahan kepada orang bawahan kepada orang atasan maka ianya bermakna rayuan untuk meninggalkan sesuatu perkara.
Ø Jika ia datang dari orang yang sama taraf maka ianya bermakna menasihatinya supaya ia tidak melakukan sesuatu.
Perkataan ma’ruf pula adalah sesuatu yang selari dengan ajaran Al-quran dan Sunnah Nawawiyyah atau pun dengan lain perkara –Ma’ruf ialah sesuatu yang dikira baik oleh syara’(syariat Islam).[1]
Manakala perkataan mungkar ialah sesuatu yang meyanggahi Al-quran dan As-sunnah ataupun yang dikira buruk oleh syara’.
Dari huraian yang dinyatakan di atas maka bolehlah disimpulkan bahawa Amar Ma’ruf ialah mengarahkan atau mengajak supaya melakukan apa yang dituntut oleh syara’ ataupun mengajak untuk melakukan sesuatu yang dikira baik dari segi syara’.
Nahi mungkar pula ialah melarang atau menasihati ataupun merayu supaya meninggalkan atau tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh syara’ dan sesuatu yang dikira buruk dari segi syara’ dan tidak pula meninggalkan sesuatu yang diperintah oleh syara’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan