Sabtu, 13 November 2010

Self-esteem


A person with high self-esteem perceives as better, more capable and of greater worth than those  with low self-esteem. They also can interpret a success in a variety of ways while the others tends to over-generalize the implications of a failure. Self-esteem is focused on a global indication of self-evaluation and the subdivide aspects of their self. Global self-esteem can be conceptualized as the combination of the relative number and relative intensity of these positive and negative self-evaluations. A different approach to assessing self-esteem is to compare a person’s self-concept with his conception of an ideal self. The lowest self-esteem perceive their desirable characteristics to be quite common and their undesirable characteristics to be relatively rare.

Khamis, 28 Oktober 2010

Jangan Pisahkan Pasangan Penjawat Awam, Kata Anggota Parlimen

SUAMI ISTERI BERKHIDMAT DI SEKTOR AWAM TIDAK WAJAR DIPISAHKAN!!!

Jangan Pisahkan Pasangan Penjawat Awam, Kata Anggota Parlimen
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 27 Okt : Kerajaan diminta agar tidak memisahkan tempat bekerja mana-mana penjawat awam yang sudah berkeluarga bagi memastikan ia tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka. Beberapa anggota Parlimen penyokong kerajaan sependapat bahawa tindakan memisahkan pasangan yang sudah berkahwin, walaupun disebabkan kenaikan pangkat, bukan sahaja menyebabkan kenaikan kos sara hidup mereka, malah mungkin menimbulkan masalah sosial lain.

Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang-Perbekalan 2011 (Bajet 2011), di Dewan Rakyat berpendapat penjawat awam yang sudah berkeluarga sepatutnya diberi keutamaan memilih lokasi di mana mereka mahu tinggal dan bekerja. "Kita tidak boleh pisahkan mereka... ini akan sukarkan soal kasih sayang, penjagaan anak dan keselamatan mereka," katanya.

Beliau menggesa kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan penjawat awam yang sudah berkeluarga, dan bertugas jauh daripada keluarga, untuk berpindah bagi membolehkan mereka bersama keluarga.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Mohd Jidin itu berpendapat, faktor berjauhan daripada keluarga boleh menyumbang kepada kekurangan produktiviti penjawat awam, selain perlu menampung kos hidup yang lebih tinggi.

"Kalau suaminya di Sabah, si isteri di Johor Bharu, perbelanjaan mereka akan tinggi kerana terpaksa menanggung dua rumah dan sebagainya. Jadi, kalau ditempatkan berhampiran, mereka boleh duduk di sebuah rumah dan dengan itu, saya percaya produktiviti mereka akan meningkat," katanya.

Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) pula bertanya sama ada penempatan yang berbeza itu menyumbang kepada masalah sosial, khususnya penceraian yang semakin meningkat pada masa ini. Mohd Jidin berkata faktor kejauhan mampu menjadi masalah besar kepada pasangan yang sudah berkahwin dan boleh menggugat keharmonian rumah tangga. Beliau berkata adalah wajar kerajaan mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan penjawat awam lebih berdaya maju.

Isnin, 11 Oktober 2010

EMAIL DARI SEORANG SAHABAT UTK TAULADAN BERSAMA...

Aku, Lim dan Islam
by
Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.


kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.


Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.


20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.


....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.


'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.


Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?


Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?


Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.


Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?


Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.


Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?


Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.


P/s : sebagai Tauladan..

Rabu, 6 Oktober 2010

Perspektif Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Menurut Al-Quran dan As-Sunnah

           Tuntutan kepada perlaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah satu perkara yang biasa diperbincangkan dalam mana-mana media massa pada masa ini. Jikalau dikaji dengan teliti ianya adalah merupakan salah satu daripada cabang-cabang pentadbiran negara Islam .Maka adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memahami konsep sebenar amar ma’ruf dan nahi mungkar.
 
Pengertian Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.

Perkataan ‘Amrun’ dalam bahasa ditilik dari tiga keadaan iaitu :

Ø  Jika ianya datang dari orang atasan kepada orang bawahan seperti dari pemerintah kepada rakyat maka ianya bermakna perintah atau arahan untuk melakukan sesuatu.
Ø  Jika ianya datang dari orang bawahan kepada orang atasan maka ianya bermakna permohonan untuk meletakkan atau untuk mendapatkan sesuatu.
Ø  Jika sekiranya datang dari orang yang sama taraf ianya membawa makna ‘Iltimas’(pohon jasa baik).

 Manakala perkataan ‘Nahi’ pula ialah dari perkataan ‘Nahyun’. Perkataan ini maknanya dalam bahasa Arab ditilik dari tiga keadaan iaitu :

Ø  Jika ianya datang dari orang atasan kepada orang bawahan bererti arahan untuk meninggalkan sesuatu perkara.
Ø  Jika ianya datang dari orang bawahan kepada orang bawahan kepada orang atasan maka ianya bermakna rayuan untuk meninggalkan sesuatu perkara.
Ø  Jika ia datang dari orang yang sama taraf maka ianya bermakna menasihatinya supaya ia tidak melakukan sesuatu.
 
 Perkataan ma’ruf pula adalah sesuatu yang selari dengan ajaran Al-quran dan Sunnah Nawawiyyah atau pun dengan lain perkara –Ma’ruf ialah sesuatu yang dikira baik oleh syara’(syariat Islam).[1]
 
Manakala perkataan mungkar ialah sesuatu yang meyanggahi Al-quran dan As-sunnah ataupun yang dikira buruk oleh syara’.

Dari huraian yang dinyatakan di atas maka bolehlah disimpulkan bahawa Amar Ma’ruf ialah mengarahkan atau mengajak supaya melakukan apa yang dituntut oleh syara’ ataupun mengajak untuk melakukan sesuatu yang dikira baik dari segi syara’.

Nahi mungkar pula ialah melarang atau menasihati ataupun merayu supaya meninggalkan atau tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh syara’ dan sesuatu yang dikira buruk dari segi syara’ dan tidak pula meninggalkan sesuatu yang diperintah oleh syara’.





[1][1] An Nasafi-Jil.1.halaman 174

Ahad, 26 September 2010

RUMAH TERBUKA

Setiap minggu, hujung minggu ada saje rumah terbuka...alhamdulillah..murah sungguh rezeki ... itulah antara budaya orang kita orang Msia yang masih diamalkan bagi mengeratkan mahabbah dan tautan kasih antara sahabat handai dan rakan seperjuangan...Mudah-mudahan amalan ini akan berterusan dan berkekalan..

Bila ada rumah terbuka, ada kuih raya dan ada juga duit raya...bagi yg ada anak kecil, duit raya anak2 simpankanlah utk mereka...kalu dah cukup amaunnya...laburkan ke tempat yg bermanfaat... samada takaful atau unit trust... yang penting yang ada panel syariah agar ada keberkatan...


Bila difikirkan, rugi benar rasanya tidak ada tabungan dari kecil2 dulu...ialah dulu maklumat tentang unit trust tak byk sampai kpd kita dan takaful pun tak brp ada.... Mudah2an tabungan kita utk anak2 kita akan membantu mereka melayari cabaran negara MAJU 2020.............

Jumaat, 17 September 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Setiap insan tidak dapat lari daripada membuat salah dan silap, yang utama bagi insan ialah menginsafi kelemahan diri dan mengakui kesilapannya lantas boleh melakukan perubahan demi perubahan dalam kehidupan. Perubahan yang membawa kesejahteraan kepada dirinya dan insan-insan di sekelilingnya. The best men is the best giver and always give something to make others smiles.....
Banyakkanlah memberi dan kurangkanlah meminta...Serlahkan kehebatan diri dengan perlihatkan keyakinan diri....sebutlah "Aku Yakin Aku Boleh Berjaya!!!!"

Selasa, 17 Ogos 2010

SEKILAS PANDANG….SEBAGAI PEDOMAN…

SEKSAAN BAGI ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksaan; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksaan tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksaan lagi di hari kiamat.

Enam seksaan semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksaan tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.

Tiga seksaan ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu ‘SHAJKUL AKRAK’ dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami , tidak sembahyang.”



Renungan:

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak – gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Isnin, 16 Ogos 2010

Zaman Telah Berubah

Zaman ini adalah zaman meniaga tanpa sempadan....dengan peluang yang ada ini, saya akan berkongsi dengan sahabat2 maklumat berkenaan kewangan dan peluang perniagaan...dalam masa yang sama berniaga di ruangan ini...jika berminat dengan info, bolehlah baca...jika berminat dengan produk, bolehlah membeli dan jika berminat untuk berkongsi, bolehlah memberi... Yang penting, saya dapat manfaat dan sahabat2 dapat manfaat...Win Win situation.....All The Best.......May Allah Gives us the strength to be hartawan and dermawan...amiinnnnn..