Rabu, 13 November 2019

RANCANG PEMBELIAN RUMAH SEAWAL MUNGKIN

Assalamualaikum..

Lama beno dah rasanye tak menulis...

Fokus kali ini ialah perancangan kita untuk miliki rumah.. samada kita bujang, berkeluarga atau pun banyak keluarga dari cawangan-cawangan kita.. hehe

Waktu bila seharusnya kita rancang untuk memiliki rumah?? Selepas bekerja? Selepas duit simpanan ader? atau selepas ada anak tiga?

Waktu paling cantek untuk merancang pembelian rumah ialah apabila kita sudah matang berfikir tentang keperluan dan objektif@matlamat memiliki rumah. Apabila ANDA terdetik untuk baca kandungan tulisan ini, bila baca tajuk nya.. maknanya ANDA sudah matang dan ada kesedaran..huhu

Kalau dari segi waktunya merancang, pastilah BERMULA dari sekarang.. bukan esok atau tahun depan... Pembelian perlukan perancangan yang tersusun dan berstrategi. Untuk memastikan pembelian yang dilakukan BEtul, TEpat dan TIdak Merugikan.

JADI, rancanglah dengan ilmu .. jika rasa kurang ilmu, laburlah untuk mencari ilmu dahulu...

Cari Ilmu dan MULA menyimpan dari SEKARANG.. sebab satu perkara yang pasti, PEMBELIAN rumah memerlukan modal. SELAIN bermodalkan ilmu, perlu juga simpanan.. kerana lewat mula menyimpan akan menyebabkan kita menyesal dan rugi masa dan umur.

DI sana , ada sahaja orang muda yang berumur 25 tahun sudah memiliki 3 rumah sebagai aset.. BAGAIMANA dia lakukan.. sudah pasti dengan ILMU dan KeSEDARAN untuk merancang awal..

Sekian dahulu.. ada masa teman mencoret lagi... Trima kasih

Khamis, 28 September 2017

6 Asas Beli Rumah Pelaburan


#1 : Dah capai tempoh matang ke?

Beli hartanah dekat kawasan yang dah sedia lengkap dengan segala-galanya.
Kawasan ‘matang’ ini ada akses mudah ke pelbagai kemudahan seperti :
  • Pusat membeli-belah (contohnya seperti One Utama, Sunway Pyramid, eCurve, dan lain-lain),
  • Tempat makan (restoran dan sebagainya),
  • Pelbagai sekolah (tak kira sekolah kerajaan atau swasta),
  • Kolej atau universiti (kerajaan atau swasta),
  • Pasaraya (senang nak beli barang dapur).
Kejiranan yang baik juga boleh kita masukkan sebagai poin penting.
Ini boleh buatkan kita selesa untuk menetap kat sesebuah kawasan dan rasa lebih selamat. Lebih-lebih lagi kalau korang dah berkeluarga.

#2 : Dekat dengan LRT atau MRT

Tak perlu nak beli hartanah yang terletak betul-betul sebelah stesyen LRT atau MRT. Tapi kalau ada kapasiti dan peluang, tak salah nak beli.
Cukup dengan membeli hartanah kat dalam radius kemudahan ini.
Kalau boleh menapak dalam masa 10 atau 15 minit ke stesyen LRT atau MRT, ia dah lebih daripada cukup.
Sekarang MRT dah pun siap. Ini pasti akan mengubah cara hidup (lifestyle) orang sekeliling kat kawasan itu. Adalah satu keputusan yang baik untuk beli hartanah yang dekat dengan kemudahan ini.
Ini ada satu nasihat bonus yang Tuan Charles berikan.
Kemudahan ini semakin meningkat berbanding dulu. Jadi, tak perlu terikut-ikut orang lain. Ada banyak kawasan yang berpontensi, selain daripada kawasan yang ramai orang beli.
Yang penting, tahu dan jelas dengan objektif kita terlebih dulu.
Tak semestinya kalau ramai orang beli, ia adalah pelaburan yang jana untung untuk korang. Lain orang, lain matlamat.
Dan dah pasti ia tak sama dengan matlamat yang kita nak capai. Setuju?

#3 : Guna 10 minute rule

Kalau kejiranan kat sesuatu hartanah yang korang nak beli itu sedang meningkat, gunakan peraturan ini.
Contohnya, dalam masa 10 minit :
  • adakah korang boleh akses stesyen LRT (atau MRT)?
  • boleh tak korang sampai ke pasaraya atau pusat membeli-belah yang terdekat?
  • boleh ke korang akses ke lebuhraya untuk ke pusat bandar?
Kalau jawapan korang “ya”, nampaknya korang dah berjaya temui hartanah yang baik dari segi capital appreciation (peningkatan nilai  hartanah).
Tapi, tak perlu pandang rendah kat kawasan yang baru pula tau. Sebab setiap kawasan ada potensi untuk berkembang dan menjadi kawasan ‘matang.’
Cuma, kita kena buat kajian dengan terperinci sebab tak semua kawasan ada potensi macam ini.

#4 : Ada kemudahan awam yang baik tak?

Adakah kawasan hartanah itu ada tasik, padang, atau taman permainan? Kemudahan seperti ini khusus untuk orang awam.
Jadi, tak perlu lagi nak berjalan jauh-jauh untuk beriadah atau sekadar berjongging. Ini akan jadi satu kemudahan yang berfaedah untuk pemilik hartanah kat kawasan ini.
Kalau tak pasti, luangkan masa untuk melihat kawasan ini pada waktu petang atau hari minggu. Supaya kita boleh kaji situasi keadaan sekeliling.
Korang boleh bawa keluarga dan anak-anak berkelah atau bermain kat taman permainan.
Pada masa yang sama, perhatikan orang ramai kat sini. Lebih bagus kalau korang bertegur sapa dan berkenalan antara satu sama lain.
Poin ini boleh dikira penting. Sebab kita boleh beriadah secara percuma. Ini akan berikan lebih nilai kat hartanah itu.

#5 : Senang nak ke mana-mana

Kunci utama bagi tip ini adalah jangka masa, dan bukannya jarak perjalanan.
Sebabnya?
6KM atau 20KM tetap takde beza, kalau dua-dua jarak ini ambil masa 20 minit untuk sampai ke pusat bandar.
Lagi bagus kalau hartanah yang nak dibeli ada pelbagai jalan alternatif untuk kita gunakan.
Tak bermakna kalau kita beli hartanah kat Petaling Jaya, kita dah berjaya membeli kawasan yang terbaik berbanding kawasan pinggiran.
Kalau mampu, tak salah kita nak beli.
Yang penting, beli hartanah yang berikan kelebihan kat korang dari segi masa untuk ke pusat bandar (atau lebih tepat, ke tempat kerja).

#6 : Apa potensi pembangunan kat kawasan anda nak beli?

Pada pandangan Tuan Charles sendiri, beliau lebih suka beli hartanah kat kawasan baru. Sebab ia penuh dengan potensi pembangunan.
Kita tak tahu kalau-kalau ada pembangunan baru yang akan dibina kat sesuatu kawasan. Dah perkara ini akan tingkatkan nilai hartanah kat kawasan itu.
Kat Pulau Pinang, beliau sentiasa nasihatkan pelabur untuk beli hartanah kat kawasan yang murah, berbanding hartanah kat kawasan yang mahal.
Pada kebanyakan masa, idea ini akan dapat tomahan negatif yang bertubi-tubi. Kena gelak pun ada.
Tapi bagi beliau, ia akan berikan untung pada masa depan. Sebab bila ada pembangunan baru, nilai hartanah akan turut meningkat sama.
Kredit to : http://gilahartanah.com/6-asas-beli-rumah-pelaburan-newbie-wajib-tahu/